Sunday, 30 October 2011

30/10/2011

Lama betol aku tak ikut hubby gi pasar besar klang ni....selalu memang aku tunggu jerk kat umah.  yang aku tau barang umah yang aku nak mesti ada....haaaaa...kejamnyer aku....

kalu aku ikut gi pasar pun aku follow jer bontot laki aku. dia yang sebuk pegang ikan tu, pegang ikan ni, tanya harga la....tolong pegang barang yang dah beli pun tak.....terok aku nikan. tapi bab2 ikan ni aku memang serah kat hubby. dia lebih pakar dan arif. sampaikan menyiang ikan pun dia yang buat....syiiiooookkknyer...

habis masa aku setengah hari kat jalan. lepas gi pasar, gi sarapan kat meru...layan nasi putih ngan sop tulang. sedap betol. pastu gi plak tesco klang, janji ngan azah kat situ nak bagi kek.

tengahari makan nasi kat umah ayah. hari ni ayah masak nasi beriani. jimat masa dan tenaga. pas makan tidor. lagi pun aku pening kepala. anak2 aku pun masih kat umah adik aku...aper lagi jom booommmm.....

lewat petang baru aku gi umah adik amik anak2. dapatlar pisang ngan rambutan. almaklumlah dorang ada kebun. berbudi ngan tanah ni memang berbaloi. aku tumpang sekaki..heeeee..thank you dek. siap pesan lagi kalu ada pisang simpang tuk aku sikit...
29/10/2011

Sabtu.....  Wah.....meriah kat jalan.....bendera Terengganu sana sini kat kereta yang lalu lalang kat area Stadium Shah Alam.  Agak2 sape yang menang ni....Terengganu ker Negeri Sembilan?

Petang tadi adik aku dah hangkut anak2 aku...so malam ni tinggal berdua jer lar ngan hubby...itu pun lewat malam baru hubby aku balik dok tengok bola kat kedai mamak. Tinggal aku terkonteng2 sorang kat umah...Lagi pun ada projek yang perlu aku bereskan kat umah....

Thursday, 27 October 2011

Kerja....Kerja.....

Kat opis tak tau mana satu kerja yang nak dibuatkan dulu....Tadi dalam kepala otak aku ni ada satu kejer jer yang nak kena siapkan dulu.  Bila boss datang katanya yang dia punyer nak minggu depan....addddooooiiiii

Nampak gayanyer kena masuk gear 5 terus ni.  Hopefully dapat siapkan ikut tarikh yang dah di bagi.....tapi ada masa plak aku nak nak layan blog.....ya ampunnn.......

Syidah Operation

Dalam masa terdekat ni banyak tol kisah sedih....Ini lah ujian dari yang maha Esa. Aku tahu dengan ujian ini mengingatkan aku akan kebesaranNya....

Kali ni adik ipar aku plak operation kat DEMC. Katanya ada ketumbuhan kat rahim. Sebelum2 ni pun dia memang ada mengadu rasa senak kat perut.....

"Ya Allah Ya Tuhan ku kau berilah kesejahteraan pada sanak saudara ku. Kurniakan mereka kabahagian dunia dan akhirat dan kau ampunkan dosa2 kami semua. Amin"

Oh ya, pagi tadi aku dapat call dari adik aku, Amy.  Sekarang dia kat Brazil.  Aku bagi lah info sikit pasal orang2 yang kami sayangi.  Lagi 4 bulan kot kami dapat jumpa. InsyaAllah....

Wednesday, 26 October 2011

Melawat Iwan

26/10/2011

Tengahari aku pergi melawat Iwan di Hospital Kuala Pilih.

Allahuakbar.....badan dia penuh dengan wire......Rasa macam tak percaya orang yang terlantar itu adalah dia, darah daging kami, sepupu kami....

Ku bisikkan ke telinga Iwan agar dia kuat melawan penyakit itu....Kubacakan fatihah untuk dia....dan aku berdoa agar dia segera sembuh....InsyaAllah....

Sebelum aku berangkat balik Shah Alam, aku pergi lagi sekali melawat dia.  Rasa tak sempurna rasanya kalu aku balik tanpa menjenguk dia...Info yang aku dapat sgt positif...Alhamdulillah....

Dan ku harap, berita untuk esok, akan ada lagi berita positif.....

Iwan kritikal

26/10/2011

Balik dari kerja, dapat call dari Dahlia...dihujung talian sana Dahlia bercakap sambil menahan tangisan...

"Kak Syu, Iwan.......... doktor kata dia kritikal, semua organ dalaman dah rosak". terus bertakung airmata aku...

Malam tu jugak aku balik ke Negeri Sembilan.

Iwan masuk ICU

24/10/2011


Sebut jerk ICU, aku dah panik...kepala dah pikir yang bukan2...

Kenapa dengan Iwan? Tak dengar berita pun sebelum2 ni samada sakit ke haper ker...kenapa tiba2 dapat berita dia masuk ICU?

Aku cuba call Cik Amat nak tanyer citer sebenar pasal anak tunggal lelaki dia tu. tp tak berjawap. Call plak anak sulungnya, Dahlia, pun tak berjawab. Sudahnya satu hari buat kerja tak tenteram....

Malam, aku cuba call lagi tapi dengan Cik Nah plak. Info yang kami dapat Iwan kena virus kencing tikus. Dalam kepala otak aku kalu dah kena virus ni dah tak der lain dah...tp aku harapkan keajaiban dari yang Maha Kuasa....



Salam sejahtera

Alhamdulillah.....

Salah sejahtera pada semua warga dunia...

Sebelum ini aku kongsikan hidup aku di di sini. Dek kerana ramai kengkawan dah berpindah, aku pun sebuk nak pindah. Cari angin baru dan dunia baru walaupun aku masih di dunia yang sama...

Semoga hidup kalian akan lebih bermakna untuk hari esok dan seterusnya...