Thursday, 29 December 2011

Besday girl


Oleh kerana tarikh besday dekat2, untuk menjimatkan kos, masa dan tenaga kita orang buatlah sekali....

Mimi (17/12)

Wani (1 January)

 
Rina (5 January)

Semoga mimi, wani dan anak mama rina berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Di murahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, pelihara solat, hormat orang tua...Amin.......... 




majlis harijadi anak2


26hb Disember 2011, majlis harijadi mimi (27/12), wani, (1/1) dan rina (5/1)....aku ngan adik aku sepakat buat kat jalan kebun sebab budak2 ramai. Majlis simple jer yang penting anak2 suka. Jemputan tak lah beriya.... 




gambar pertama.....hanya untuk besday girl jer...tp si fakrul, piqah ngan aris pun sebuk menyelit

 Begambar bersama kawan2 dan tetamu....ramai budak2 yang datang. majlis start kul 3pm tapi budak dah datang sejam awal. heeee....biasa lah budak2...lebih2 lagi bila tengok kek barbie tu....(hasil tangan ku)

Adik aku sibok melayan budak2 yang berkenan dengan kek barbie tu...alhamdulillah.....langsai....

terima kasih cik amat

Ini lah pakcik aku yang tak berenti melayan kami sehari tanpa rasa penat. 

 Walaupun berlambak dah di buka durian tu...masih lagi nak buka yang lain. katanya nak cari yang paling best punyer.....aduhai....betol2 pakcik aku ni melayan kita orang adik beradik.... 

 satu senyuman yang cukup manis. terima kasih cik amat





Tuesday, 27 December 2011

Sepetang balik dari dusun

Tu dia.....dok punggah durian untuk dibawa pulang.....

juga rambutan yang dipetik sendiri

 juga tempoyak sebekas.


Selepas makan malam kami 2 kereta berangkat pulang ke shah alam dengan muatan buahan di bonet kereta. terima kasih sarudara ku di negeri sembilan. tahun depan jangan lupa calling2 lagi....



Jom Balik....Habuan pun dah dapat

Sempat berposing kat belakang longgokan durian. Durian tu dah di booking oleh peniaga2. Jadi tumpang berposing jer lar...


Sebelum balik, posing dulu atas kenderaan kuning ni yang bawak kita orang masuk ke dusun.  

Anak aku si aris tu tak berseluar sbb tadi berkubang kat sungai belakang pondok. sekali dengan si fakrul. pic tak boleh nak tayang sebabnya mandi tak berbaju....heeee

Monday, 26 December 2011

Like Father Like Son


I like this pic. Like fater like son. Dua2 hantu durian. Nak2 si aris, pantang hidung bau durian, jam2 tu jugak nak....Kali ni puas dia makan. 

Bila stok dah banyak kat umah, hari2 mintak durian. siang durian, malam durian....Aku pun suka tengok si aris ni makan durian, bersih.....

Durian....Durian....

Gelagat masing2 setelah dapat durian untuk di bawa pulang.....

Suami ku.....Sedap ker baunyer bang....Kalu OK terus longgokkan tu hangkut bawa balik yer....
Tu dia......kiri kanan bawak durian. Sekali bawak 6 biji tu....



 Kot yer pun jangan lar kulit durian pun ko nak bedal....Sabor yer ipar ku....


Raga durian tu lebih besar dari si Fakrul....Larat tak tu menggendong..

 
 Anak dara dua orang ni berposing konon2 durian tu depa yang kutip....control lawa....(Rina dan Wani)

Kita ke Dusun Durian.....

 
Cik Amat beriya-iya nak bawa kita orang gi Dusun Durian. Aku pun tak lepas peluang. Aku dah lar tak ada kebun. Ni lar masanya untuk aku dapatkan pengalaman mencari durian. Bila nak masuk dalam, kita orang tukar transport..

Ni lar transport yang kita orang kena naik. Semua naik belakang. syiooookkkk jugak. siap jalan pun lecak2. memang adventure. Terasa macam masuk hutan mengembara....haaaa




Ni lah pondok menunggu durian jatuh.....saper2 yang takut pacat boleh lar dok kat sini sampai sudah

Friday, 23 December 2011

Durian - Negeri Sembilan



Permulaan bicara....DURIAN.....rugi kalu ada rakyat Malaysia yang tak suka makan durian....Kali ni kami ke Negeri Sembilan ke rumah Cik Amat...Sepatutnya kami pergi hari sabtu sekali dengan majlis kenduri arwah Iwan 40 hari tp atas sbb aku yang bz masa tu, aku pakat ngan hubby kita pergi Ahad jerk...sekali dengan adik aku si syuzi sekeluarga


  
si suami dengan adik ipar sebuk dengan durian yang dikopek tadi 




 Dah di kopek2 tu aper lagi anak2 makan..........yummy...bersilang2 tangan amik durian.....

penuhi permintaan dengan permintaan

Apabila telah dijanjikan sesuatu tp dengan syarat di suruh sesuatu. ini lah yang terjadi. si ayah janji nak bawa pergi taman permainan tapi dengan syarat kena solat dulu....

si kakak dengan si abang terus ke bilik air nak amik wuduk untuk solat. tp ni lah......dengan seluar pendek jer...dan si kakaknyer....sampai kain pun dah ke bawah....emmm....

tak per permulaan pengajaran..... 


  


Seperti yang telah dikotakan. bawa anak2 ke taman permainan di taman tasik shah alam. mama dengan ayah perhatikan dari jauh tapi pastikan jangan leka takut2 ada orang lain pun sama perhatikan anak kita..... 

sebelum balik ke rumah bawa dulu ke kedai pekena roti canai....puas hati anak2 aku ni dapat berjalan walaupun tak jauh kemana.....

ikan kukus


Ikan kukus ni syu tak pernah buat...masa tu buntu nak masak aper...selak2 lagi buku saji yang dah lama2 tu...terjumpa lar resepi mudah ni..

hubby balik boleh pulak dia terkejut. (dalam hati - hanti betol) ...katanya "uihhhh...resepi baru ni....." haaaa aku dok sengeh jer lar....memang aku tak pernah buat pun. senang jerk buatnya....sihat pun sihat kalu berkukus ni...thank you majalah rasa....tak sia2 simpan dah bertahun majalah tu

Bird Show - A Famosa

selepas tengok bird show kami diberi peluang untuk bergambar. hanya gambar ni jerk yang dapat sbb ramai plak yang amik peluang ni untuk dibuat  kenangan. jadi lar ye tak dari langsung tak ada....memang jinak burung2 tu dan cukup terlatih. 



ni plak si rina beriya2 nak amik gambar dengan kuda padi ni....muka kuda padi ni pun selamber jerk....

Ada gambar lain pada malam show koboi pulak....tp kat hp hubby...next kita akan cerita yerk....

mandi swimmping pool



kita sambung lagi cerita bercuti di A Famosa...Kali ni mandi di swimming pool pulak. anak2 syu ni memang tak boleh jumpa air. kalu ikutkan macam dah penat nak melayan dorang ni, tapi kesian pulak. 

yang lain2 dah bersiap nak balik tp kita orang masih lagi lepak kat swimming pool. tp hubby pulak bagi kebenaran sbb kita orang naik kereta sendiri....suka lar budak2 tu....

Friday, 16 December 2011

Cream Puff

Kita tinggalkan dulu cerita bercuti di A Famosa. sebab aper????? sebab ada gambor kat hp hubby aku. dah ku pesan aku nak gambor tu tapi tak di simpan dalam laptop plak. yang aku pun asyik lupa nak follow up.

Dek kerana dah lama tak update, aku masukkan lah cerita yang dah menunggu ni. Ni lah aktiviti di rumah masa cuti publik hari tu (tak ingat plak cuti apa). Aku buat cream puff. belek2 majalah saji yang dah lama. tahun 2007 punyer kot..heeee...

Mujur jadi... rasanya pun okay. cuma kurang manis sikit. but resepi yang diberi tu betol lah yer....thank you majalah saji......

Wednesday, 7 December 2011

Lepak kat hotel

Ni lah gelagat anak2 aku kat hotel. Ni jerk pic yang dapat aku snap. Jadual aktiviti dorang memang penuh. Nak tak nak kena follow....selepas mandi mandi manda. kang kejap lagi jam 6.30ptg kena siap2 nak gi makan malam pulak...

entah aper yang si kakak senyum kan. yang si abang pulak sebuk nak pakai baju ayah. konon2 sejuk lar tu...

Mandi di Water World A Famosa

Sebelum masuk hotel, mandi manda dulu di water world. semua tempat kami redah anak beranak nak main air. aku tak mandi lar coz jadi camera woman. kang kalu aku mandi saper pulak yang nak amik gambor. tak der kenangan lar pulak kan. jadinya...ayah dorang ler yang melayan.

seronok tengok anak2 aku mandi. dorang ni memang tak boleh jumpa air. alergik. heeee. kat umah tu pun suka berkubang dalam bilik air lama2.

cukup masa aku panggil anak2 naik. aku panggil, lagi jauh dorang pergi. bila aku dekat, macam tak dengar jerk aku ni jerit panggil naik. emmmmm dah tak ingat aper dah....seronok sangat mandi. 

kami anak beranak lar last naik. heeee...tak per sbb kita orang naik kereta sendiri. tak joint dengan dorang naik bas. jadi masa sendiri yang kontrol. jangan terlepas masa banyak sangat sudah.....

 lalalala......senyum2 mandi. pelampung tu pun baru beli. yang lama dah tak muat untuk dorang masuk....


ayahnyer pun suka melayan anak2. kalu yerk pun ayahnya nak mandi...... bukak lar cermin mata tu..kang balik ada pulak yang tak nampak jalan. kot2 pecah kang, kena duit pulak.....

Bercuti di A Famosa

27-28 November 2011.  Bercuti di A Famosa di taja sepenuhnya....yeepppppiiieeeee.....Family day sponsor dari tempat kerja hubby. alhamdulillah....terisi juga masa cuti anak2 aku. seronok betol budak2 ni bila kata kita nak gi mandi manda. siap ingatkan mama pasal baju renang dorang. Tak sempat mama nak amik, dorang dah amik letak kat beg baju.....exited betol...

Jam 10.00pagi dah sampai kat depan A Famosa. Ni lah port pertama yang kami lepak sementara tunggu urusan2 lain. Tengok gajah dulu....

Thursday, 1 December 2011

piqah pulak masuk spital

selepas beberapa hari syuzi anak beranak keluar dari hospital, si piqah plak masuk untuk kes yang sama tapi bukan denggi cuma demam yang tak turun2 suhunya. sebelum aku pergi bercuti aku melawat dia kejap.

cian plak aku tengok adik aku se family. asyik keluar masuk spital jerk. tak per lah dek, ni semua ujian. ada sebab, cuma kita jangan lupa Allah...