Friday, 18 November 2011

rina pelajar cemerlang

17/11/2011

Rina dipilih sebagai pelajar cemerlang bagi tahun satu di sekolah agama. bersyukur sangat. kata ustazah, prestasi rina menaik mendadak. walaupun dia ditangga no. 4 dalam peperiksaan akhir tahun tapi prestasi dia sangat bagus.

Terima kasih kakak. ini hadiah yang paling bermakna untuk mama. belajar lah rajin2. mama nak tengok anak mama berjaya. capai cita2 kakak tu....nak jadi cikgu kan? kejar lah cita2 tu..

gambar selepas amik hadiah.


ni lah hadiah yang anak aku dapat. memang bijak ustazah pilih hadiah......

syuzi pula masuk spital - denggi

15/11/2011

Selepas semalam anak2 si syuzi admit spital, dia plak kena admit. selepas check darah, petangnya dapat call dari doktor suruh admit spital segera. kes denggi. malam tu juga admi. masalahnya adik aku di bilik tingkat 4, anak2 di tingkat 3. almaklumlah anak2 mesti nak dengan maknya juga. terpaksalah bapanya amik tugas maknya.

anak2 adik aku yang lagi 3 orang tu aku hangkut bawa balik tidor ngan aku. tp 2 malam jerk. dorang tak nak pisah ngan maknya. n last dorang 7 orang satu family tidor hotel spital. spital ala2 hotel.

dah hampi seminggu dorang anak beranak kat spital. aku harap tak sirius denggi dorang tu. aku pun naik risau dibuatnya. hari2 aku datang melawat. rasa tak patut plak kalu tak melawat. adik aku cuma 2 orang jerk. kalu aku tak melawat saper lagi kan. itu lah sayang seorang kakak.

Monday, 14 November 2011

mimi n wani di hospital

14/11/2011

Anak adik aku, mimi ngan wani masuk spital plak. sejak akhir2 ni keluarga dorang sorang2 demam. tp kali ni si mimi plak di syaki denggi.

mana anak2 adik aku yang tak demam tu aku hangkut tido kat umah aku. mana nak dannya adik aku tu jaga sumernyer. cukuplah jaga yang sakit kat spital tu...

bila aku dah nak gi kejer tinggalkan plak dengan atuknya. tak per lar kan tok..jaga cucu..heeee...

harap takder yang sirius sangat demam dorang tu. ada masa malam kang, mak long melawat yer...


wani


mimi

Sunday, 13 November 2011

penuh dengan mat2 bangla

kami satu family pergi shopping barang dapur kat mydin seksyen 25 shah alam selepas berhentinya hujan dan juga selepas melayan mata depan tv. cadangnya juga nak terus ke umah syuzi adik aku yang katanya demam satu family. Alah....kecian plak.

Berbalik cerita bershopping kat mydin ni, aku tengok penuh ngan orang2 bangla jerk. punyer lar ramai. baik kat luar parking ataupun kat dalam mydin tu sendiri. tiba2 plak rasa cam sempit mydin ni. ada jugak terasa macam aku ni bukan berada kat negara sendiri. indon ngan sabahan pun ada.

aku terpikir mana pergi penduduk2 kat sini yang dulunya kebanyakan sumer orang melayu. agaknya dorang pun dah tak ada hati nak duduk kat sri muda ni. aper taknyer dorang pun bagi sewa umah kat mat2 bangla ngan indon ni. dah tak ada hati dah nak dok sri muda.

kalu boleh janganlah bagi warga asing menguasai kawasan tempat tinggal kita. bila dorang dah mengusainya, sampai kedai2 dan peniaga2 disekitanya pun orang2 dorang juga. rasa satu kerugian bila kita lepaskan sumer pada mereka yang tak berhak. renung2kanlah....

Wednesday, 9 November 2011

rina kemalasan

dah 2 hari si rina tak nak gi sekolah. datanglah penyakit malas dia tu. bila di gerak, melalak. yang aku ni plak kalu dah melalak tak yah gi sekolah.  kang kalu di paksa, mata dia bengkak ngan merah2. cian plak

last2 aku kata "tak per lah kak, tak nak gi sekolah sambung tido"...emmm terus dia sambung tido.

Tuesday, 8 November 2011

Bubur som-som

7/11/2011

Dah lama aku idam nak buat bubur som-som ni. teringat arwah mak selalu buat lepas kenduri.  Sejuk jerk bila masuk kat mulut.

Bila di selak2 majalah rasa terjumpa plak resepi bubur som-som ni.  Kebetulan hubby plak nak keluar ngan kawan dia, aku pun amik kesempatan kirim tepung beras ngan gula merah.

Ni lah hasilnya...Bubur som-som

Senang jerk buatnya tak lah susah.  Nanti kalu free aku masukkan resepinya yerk..kot2 ada yang dah terliur dan nak cuba.

Aris sakit gigi

Tengah sedap2 anak aku menikmati mee sop kat umah adik aku masa raya haji,  tiba2 dia nangis....huuuuuu....sakit gigi. aduh.....aper yang boleh aku buat tengah malam2 ni. part ni aku serahkan pada suami ku...


Setelah di usap2 kepala ngan dipujuk2 tertido akhirnya dia..


Bila dah terjaga..dia sambung plak nangis. aku buaikan dalam buaian. tapi dah bertahun tu tah berbuai.

Sunday, 6 November 2011

Salam Aidil Adha


6/11/2011

Pagi raya, aku baru nak masak sambal goreng tempe. kalu ikutkan plan memang tak nak masak aper2. cukuplah dengan rendang daging dengan rendang ayam yang hubby aku masak. tp macam tak boleh tahan bila teringatkan sambal goreng tempe arwah mak. memang ada kaoooow.

Dengan muka yang tak malu, pagi2 raya tu call ayah tanya camne nak masak sambal goreng tempe tu. hahahaha. Nasib baik tak kena perli

Ni lah rupa sambal goreng tempe.  Alhamdulillah jadi....Anak2 pun suka

Berayalah kami 4 beranak kat rumah ajerk. Aku banyak berehat kat umah. Lagipun kerje rumah banyak yang dah setle. Tinggal baju sekolah rina jerk yang belum basuh. Almaklumlah nak kena basuh pakai tangan. Tu yang malas nak bergerak.

Rendang ayam air tangan suami ku. Bab rendang merendang pas kat dia
Rendang daging.  Juga air tangan suami ku. thank you


Ketupat nona.  Suami ku yang rebus. Bukannya aku malas tapi aku kerja. haaaaa


Lemang. Beli jerk kat tepi jalan. Tak kuasa nak buat. Sebatang jer pun beli.

Petangnya aku pergi rumah syuzie. Dia masak sop tulang daging qurban. Elok sangatlah tu tinggal makan jerk yer tak. hehehehe. On the way tu singgah beli mee. boleh makan sup mee. slurrpppp. memang best. 
Sup tulang yang adik aku buat. Yang ni jerk yang dapat amik gambor....marbeles....


Thank you adikku. perut pun dah kenyak. lepak2 kejap pastu balik.  Boleh booommmm tidor....Good night... 

Friday, 4 November 2011

5/11/2011

Esok, hari raya Qurban.  Sampai lar ni aku tak decide lagi nak raya mana. cuti pun panjang sampai isnin. kalu tak menafaatkan rugi lar pulak.

Samada nak beraya di negeri 9 bersama pakcik aku yang baru kematian anaknya atau pun beraya dengan adik aku di jalan kebun. yang pasti aku tak balik melaka sebab mak mentua aku balik penang. kali ni aku tak ikut lar. lagi pun ongkosnya dah lari. tak boleh nak kejar dah. ayah plak mungkin beraya ngan mak mentua dia.

emmm yer lar kan...masing2 ada family. tapi aku tak kesah pun raya mana. tapi hati ku berat mengatakan raya di rumah jerk. laki aku masak rendang daging. chef terhormat...
1/11/2011

Perginya Iwan setelah berada dalam keadaan kritikal di ICU Hospital Kuala Pilah. Aku berdoa agar rohnya bersama orang-orang yang disayangi Allah.

Kehilangan orang tersayang memang amat perit. Aku harap Cik Nah dengan Cik Amat sekeluarga tabah dan redha atas pemergiannya...